Quantcast
Channel: nick dot anis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

TEMPAT MAKAN SIBU DAN KUCHING

$
0
0

Hai all, saya kembali lagi bercerita tentang makan makan pulak di Sarawak. Harap korang tak boring la kan masuk je blog saya asik update pasal Sarawak aje. Actually, terlalu banyak nak dikongsi dengan kamu semua. Ok mari2 membaca tentang makananJ

SIBU

Apa yang boleh saya katakana Sibu susah nak cari kedai makan. Apa yang saya makan ketika kat Sibu, KFC. Ya! KFC! Tempat ternak lemak semua rakyat jelata. Haha. KFC jugak tempat untuk kami melepak2 setel kan hal keje kami. Tempat lain adalah di Rafie Café. Restoran ni agak femes di kalangan rockers2 yang bermotor besar. Jika kita melangkah masuk ke dalam restoran ni, makan akan ternampak lah banyak gambar2 motor besar dan jugak gambar bersama artis yang sudah cantik di frame kan. Kat sini kitorang hanya breakfast aje. Saya order roti canai. Sedap boleh tahan la.  Korang boleh tengok kat gambar bawah entry saya ni. Maaf gambar ni taken from Encik Google. Saya tak sempat bergambar di restoran ni. 


koleksi gambar2 yanag ada kat restoren ni


pandangan hadapan Rafie Cafe waktu siang


Waktu malam pulak cantik la ada lampu2 cam gini kan


Kitorang ada cuba jugak masakan nasi campur. Depan Perdana Inn, hotel kitorang stay. Ok jugak. Makcik owner kedai makan ni orang semenanjung. So masakan dia boleh tahan la sedap dan boleh diterima oleh citarasa kami. Sedap jugak umai2 kan? Saya dah try. Korang bole try nanti ok?

Then, another tempat makan yang kitorang pernah jelajah adalah di kawasan Bandung. Ops!! Bukan Bandung Indonesia ye murid2..hahaha. Ada satu kampong yang dinamakan Bandung, makanan nya ok la. Malam tu saya yayang dan jugak kawan2 makan nasi penyet lagi. Paling teruja, kami tak pernah makan nasi penyet yang dibalut dengan daun. Rasa macam pulut. Agak muak jugak la. Sebab sambal nya tak pedas mana. Dua hari kami makan di area Bandung.


Inilah Pengacara Jalan2 Cari Makan yang baru. hahaha..memperkenalkan......


Ni la nasi ayam penyet Bandung. nasi nya memang dibalut dalam daun. Sambal nya lemak2  rasanya dan tak pedas sangat. One thing yang i notice about makanan kat Sibu is diorang tak berapa pedas la masakan. Kadang2 tak pedas langsung. 
*kenapa tetiba gambar diupload tak cantik like ada scratch yek??


Lagi? Untuk hari terakhir kitorang kat Sibu, kitorang ada terjumpa satu gerai ni di tepi jalan, menjual kebab. Kitorang try la. Then makan tepi sungai. Sonok! Boleh tahan la. Besar dan lembut rotinya. Sorry, tak de gambar jugak untuk show kat korang. Ntah kenapa time kat Sarawak hari tu kurang sangat saya snap gambar makanan. Hahaha.
  
KUCHING

  • Raja Ayam Bakar!!! Yeayyyyyy my feberet restoran ever kat Kuching nI!!   Why I like this restaurant so so so much???
  • Sebab ayam bakar nya sedap sile! Tak muak kalau nak makan pagi petang siang malam, bagi penggemar ayam macam saya ni
  • Dekat je ngan Hotel Siangolila tempat kami menetap selama kat Kuching
  • Sambal nya ya allah sedap gile. Kelainan sambal diberi pada untuk ayam penyet dan jugak lele penyet. Tapi kedua2nya amat2 lah sedap! Sumpah tak tipu!!
  •  Saya suka gile nasi goreng ayam bakar dan jugak nasi ayam bakar. Sedap sedap dan sedap gilerrrr
  • Murah! Berbaloiii2..Terkejut giler bile tgk yayang dan kawan2 saya order lele penyet, sekali dating kat meja mak ai!! Besar giler keli nyaaaa…tak pernah saya temngok sumur hidup uolllsss..kepala ikan keli tu kan siap boleh buat mouse lagi tau!! Bahkan lebih besar dari mouse..kalah tau. Hahaha
  • Saya boleh katakana kedai ni kedai tak kedekut. Sebab apa tau. Satu hari tu, kawan2 saya order ikan keli, tak mintak pon, tup2 dtg2 ikan keli 2 ekor!! Kitorang tanya la, kenapa 2 ekor??nanti kena bayar lebih, but harga sama!!!
  • Tempat makan yang Nampak eksklusif dan mahal2, but harga sangatlah berbaloi dan sangat mampu. Tak lebih RM10 pun uollss..
  • Saya suka giler jugak ngan banana cheese restoren ni. Ada 2, yang kecik dan besar
  • Rate kalau 10, saya bagi 20!!!!hahaha



Tak caye tak caye??? ikan ni la yang disebut2 kan tadi...besar!!!! tengok lam gambar memang la kecik..hahaha


Ok yayang dak mirul kawan saya model ikan keli antarabangsa hahaha


Cerita breakfast pulak.. kitorang selalu lepak kat Ramai Café, area Satok. Saya suka sangat2 dengan Roti Boom kedai ni. Sedap sangat!. Yayang saya pulak suka order roti telor bawang tambah cili. Saya pernah try jugak mee kolok kedai ni. Boleh la telan. Tapi saya memang tak suka sangat mee kolok, apatah lagi laksa Sarawak. Lain macam je rasanya. Kalau tanya pasal ayam penyet, sambal nya tak berapa pedas, ayam goreng boleh tahan la jugak

Coffee O’ Corner pun ok jugak. Saya paling suka roti prata cheese & roti prate beef cheese. Pernah try jugak bihun sup but tak berapa awesome lah!. Try jugak roti canai kawan2 ok je macam biasa je rasanya. Makanan berat saya tak pernah try kat sini. Kalau korang nak tau, kedai ni sangatlah ramai2 setiap masa. Parking tak payah tanya la, memang penuh. Kena banyak kali pusing ataupun parking jauh2 sikit pastu korang exercise la jalan kaki ke sana. Belakang kedai makan ni pulak ada restoran RJ Ayam Penyet yang baru jugak lah dibuka..


Yayang saya ni suka makan. pantang disuap bukak aje mulutnye. haha..
Berat badan melambung2 gara2 suka sangat disuap!



ni roti canai telur


mee jawa...boleh tahan la sedapnye..yang ni terliur ngan customers kat sini yang kebanyakan order mee jawa neh. so i pun tergoda dek nafsu ni order lah! haha


Nama roti ni Robin hood..haaa tengok cara dia present roti ni..ala2 pedang robin hood ker??

Nak cite pasal Food Court Seberang sungai pulak. Honestly, saya tak berapa suka makan kat sini. 2x la kitorang dating sini untuk makan. Mula2 malam tu saja gatal nak naik bot, sebab tak pernah naik bot. RM1 je untuk seberang sungai ni. Kitorang pernah makan nasi goring pattaya yang disalut mayonis *lupa nama*, then nasi ayam penyet, mee goreng dan nasi goring biasa2 je. Paling sedap saya nak rekemen kan mee goreng la, ala sorry uoolss lupa dah nama kedai tu, but kedai tu belah kanan kita kalau mengadap foodcourt tu and kedai no 2. Second time kitorang ke sana naik kereta. Apakan daya, pusing punya pusing, jelajah punya jelajah, rupanya boleh ke seberang naik kereta. Nak masuk tol pun boleh, taknak masuk tol pun boleh. Semuanya kitorang tahu masa kena assign keje kat area Kg Gersik dan jugak Bintawa. Hahaha. Bila dikenang balik kelakar pun ada, siap masuk tol lagi. Patut la tol tu tak ramai orang. Rupanya ada jalan lain. Aduyaiiii


Nak kesana hari tu kami naik bot ni la. bayar RM1 kat pakcik bot ni. So pegi balik RM2 lah.. Sekejap je kot. 5 minit tak sampai. hahaha

Unik tak nama restoran ni Planet Sambal??Special kat sini sambal nya lah. Dah nama planet sambal la kan. Memang tiada tandingan punya sambal lah kalau dah nama pon planet lagi kan. Haha. So apa yang saya makan kat sini, mula2 nasi ayam penyet then nasi lemak ayam planet sambal. Boleh tahan la. Saya suka air bandung ala2 float kat sini. Apa ntah nama dia. Saya suka ke tak?? Erm… kalau 10 rate saya bagi 5 je lah!

My Village Baruk…Restoran ni sangatlah cantik pada waktu malam. Actually, restoran ni adalah sebuah rumah kampong yang dijadikan restoran. Pekerja2 nya pula pakai pakaian tradisional ala2 hang hebat hang tuah dulu2 tu pastu tak pakai selipar. Hah?? Kedai ni 2 tingkat. Ada perhiasan barang2 lama dan juga basikal lama dipamerkan. Pasal makan pulak, sedap. Sampaikan my yayang buat video uollss..hahaha..sila tonton ye sebentar lagi. Makanan kat sini ada set, ada yang biasa2. Kalau nak buat family gathering kat sini amatlah sesuai. Parking pun luas. Memang macam rumah kampong sebijik. Ada halaman semua…




My fren yang tengah lapar tunggu makanan..hihi



Haaaa ni dia nasi ayam penyet.. nasi dia cantik kan??bentuk tiga segi


Ni plak nasi goreng apa ntah.. tapi sedap giler jugak!


Ni pun sama nasi goreng pastu mintak ayam penyet dia. Ayam penyet dia bakar..sedappp


Adusss tak larat dah nak upload gambar cam gini jugak lah rupenye ada belang2 cam video rosak aje.. lantak ah. ni yayang dan saya.. muka tengah lapa kena senyum..



Haaaa...ni lah basikal yang saya duk bebel2 tadi..ada 2 basikal actually, kaler hijau dan merah

Ok sekian saja untuk kali ni ye. Saya mau bersiap2 sebab yayang akan jemput saya balik KL.. yipppiiii

Bye2 readers take care tau!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.